Hikayat Si Miskin
Ini hikayat ceritera
orang dahulu kala sekali peristiwa Allah SWT menunjukkan kekayaaNnya
kepada hambaNya. Maka adalah seorang miskin laki-biniberjalan mencari rizqinya
berkeliling negara antah berantah. Adapun nama raja di dalam negara itu
maharaja Indera Dewa. Namanya terlalu amat besar kerajaan baginda
itu.Beberapa raja-raja di tanah Dewa itu takluk kepada baginda dan mengantar
upeti kepada baginda pada tiap-tiap tahun.
Hatta, maka pada suatu
hari baginda sedang ramai dihadapi oleh segala raja-raja, menteri, hulubalang,
rakyat sekalian di penghadapannya. Maka Si Miskin itupun sampailah ke
penghadapan itu. Setelah dilihat oleh orang banyak, Si Miskin
laki-bini dengan rupa kainnya seperti dimamah anjing rupanya. Maka orang
banyak itupun ramailah ia tertawa seraya mengambil kayu dan batu. Maka
dilemparilah akan si miskin itu kena tubuhnya habis bengkak-bengkak dan
berdarah. Maka segala tubuhnyapun berlumur dengan darah. Maka orangpun
gemparlah. Maka titah baginga “Apakah yang gempar di luar itu?”. Sembah segala
raja-raja itu “ Ya tuanku Syah Alam, orang melempar Si Miskin
tuanku”. Maka titah baginda”Suruh usir jauh-jauh!”. Maka diusir oranglah akan
Si Miskin hingga sampailah ke tepi hutan. Maka orang banyak itupu kembalilah.
Maka haripun malamlah. Maka bagindapun berangkatlah masuk ke dalam istanannya
itu. Maka segala raja-raja dan menteri, hulubalang rakyat sekalian itupun
masing-masing pulang ke rumahnya. Adapun akan Si Miskin itu apabila malam iapun
tidurlah di dalam hutan itu. Setelah siang hari maka iapun pergi berjalan masuk
ke dalam negeri mencari rizqinya. Maka apabila sampailah dekat
kepada kampung orang . Apabila orang yang empunya kampung itu melihat akan
dia. Maka diusirlah dengan kayu. Maka Si Miskin itupun larilah ia lalu
ke pasar. Maka apabila dilihat oleh orang pasar itu Si Miskin datang, maka
masing-masing pun datang ada yang melontari dengan batu, ada yang memalu
dengan kayu. Maka Si Miskin itupun larilah tunggang langgang, tubuhnya habis
berlumur dengan darah. Maka menangislah ia berseru-seru sepanjang jalan itu
dengan tersengat lapar dahaganya seperti akan matilah rasanya. Maka iapun
bertemu dengan tempat orang membuangkan sampah-sampah. Maka berhentilah ia di
sana. Maka dicaharinyalah di dalam sampah yang tertimbun itu barang yang boleh
dimakan. Maka didapatinyalah ketupat yang sudah basidibuangkan oleh orang pasar
itu dengan buku tebu lalu dimakannya ketupat yang sebiji itu laki-bini. Setelah
sudah dimakannya ketupat itu maka barulah dimakannya buku tebu itu. Maka adalah
segar sedikit rasanya tubuhnya karena beberapa lamanya tiada
merasai nasi. Hendak mati rasanya. Ia hendak meminta ke rumah orang takut.
Jangankan diberi orang barang sesuat hampir kepada rumah orang itupun tiada
boleh. Demikianlah Si Miskin itu sehari-hari.
Hatta, maka haripun
petanglah. Maka Si Miskin pun berjalanlah masuk ke dalam hutan tempatnya
sediakala itu. Di sanalah ia tidur. Maka disapunya lah darah-darah yang
ditubuhnya tiada boleh keluar karena darah itu sudah kering. Maka Si Miskin
itupun tidurlah di dalam hutan itu. Setelah pagi-pagi hari maka berkatalah Si
Miskin kepada isterinya”Ya tuanku, matilah rasaku ini. Sangatlah sakit
rasanya tubuhku ini”. Maka tiadalah beradaya lagi hancurlah rasanya anggotaku
ini. Maka iapun tersedu-sedu menangis. Maka terlalu belas rasa hati isterinya
melihat laku suaminya demikian itu. Maka iapun menangis pula seraya mengambil
daun kayu lalu dimamahnya. Maka disapukannyalah seluruh tubuh suaminya sambil
ia berkata” Diamlah, tuan jangan menangis. Sedihlah dengan anteng kita. Maka
selaku ini adapun akan si miskin itu aslinya daripada raja keinderaan.
Makakena sumpah Batara Indera maka jadilah ia demikaian itu. Maka
adalah suaminya itu pun segarlah sedikit tubuhnay setelah itu maka
suaminyapun masuk ke dalam hutan mencari ambat yang muda ayng patut
dimakannya. Maka dibawanyalahkepada isterinya. Maka demikianlah laki-bini.
Hatta beberapa lamanya
maka isteri Si Miskin itupun hamillah tiga bulan lamanya. Maka
isterinyamenangis hendak makan buah mempelam yang ada di dalam taman
raja itu. Maka suaminya itupun terketukkan antingnyatatkalaia di
Keinderaan menjadi raja tiada ia mau beranak. Maka sekarang telah mudhorot.
Maka baharulah hendak beranak seraya berkata kepada isterinya, “Ayo, hay adinda
tuan hendak membunuh kakandalah rupanya ini tiadakah tuan tahu akan hal kita
yang sudah lalu itu jangankan hendak meminta barang suatu. Hampir kepada
kampung orang tiada boleh”. Setelah didengar oleh isterinya kata suaminya
demikian itu, maka makinlah sangat ia menangis. Maka kata suaminya, “Diamlah
tuan, jangan menangis! Berilah kakanda pergi mencaharikan tuan buah mempelam
itu, jikalau dapat oleh kakanda akan buah mempelam itu kakanda berikan pada
tuan”. Maka isterinya itu pun diamlah. Maka suaminya itu pun pergilah kepasar
mencahari buah mempelam itu. Setelah sampai di kedi orang berjual buah
mempelam. Maka si Miskin itu pun berhentilah di sana. Hendak pun dimintanya
takut ia akan dipalu orang. Maka kata orang yang berjualan buah mempelam itu,
“Hai miskin. Apa kehendakmu?” maka sahut Si Miskin, “Jikalau ada belas dan
kasihan serat Rahim tuan akan hamba orang miskin hamba ini minta diberikan yang
sudah terbuang itu. Hamba hendak memohonkan buah mempelam tuan yang sudah busuk
itu barang sebiji sahaja tuan”. Maka terlalu belas hati sekalian orang pasar
itu yang mendengar kata si Miskin. Seperti hancurlah rasa hatinya maka ada yang
memberi buah mempelam ada yang memberikan nasi ada yang memberikan kain baju
ada yang memberikan buah-buahan. Oleh anak yang daid makan oleh
isterinya itu. Maka si Miskin itupun heranlah akan dirirnya oleh sebab diberi
orang pasar itu berbagai-bagai jenis pemberian. Adapun akan dahulunya jangankan
diberinya barang suatu hampirpun tiada boleh. Habislah dilemparnya dengan kayu
dan batu. Setelah sudah ia berpikir dalam hatinya demikian itu, maka iapun
kembalilah ke dalam hutan mendapatkan isterinya. Maka katanya, “Inilah tuan,
buah memepelam dan segala buah-buahan dan makan-makanan dan kain baju. Itupun
diinjakkannyalah isterinya seraya menceriterakan hal ihwalnya tatkala ia di
pasar itu. Maka isterinya pun menangis tiada mau makan jikalau bukan buah
mempelam yang di dalam taman raja itu. Biarlah aku mati sekali. Maka terlalulah
sebal hati suaminya itu melihatkan akan kelakuan isterinya itu seperti orang
yang hendak mati. Rupanya tiadalah berdai lagi. Maka suaminya itu pun pergilah
menghadap maharaja Indera Dewa itu. Maka baginda itupun sedang ramai dihadap
oleh segala raja-raja. Maka si Miskin datanglah. Lalu masuk kedalam sekali.
Maka titah baginda, “hai Miskin, apa kehendakmu. Maka sahut si Miskin, ada juga
tuanku lalui sujud kepalanya lalu diletakkannya ketanah, “ampun tuanku,
beribu-ribu ampun tuanku jikalau ada karenanya dauli Syah Alam akan
patulah hamba orang yang hina ini hendaklah memohonkan daun mempelam sah alam
yang sydah gugur ke bumi itu barangkali tuanku. Maka titah baginda, “hendak
engkau buatkan apa daun mempelam itu?” Maka sembah si Miskin,
“hendak dimakan tuanku.” Maka titah baginda, “ambilkanlah barang setangkai
berikan kepada si Miskin ini”. Maka diambilakn oranglah diberikan kepada si
Miskin itu. Maka diambillah oleh si Miskin itu seraya menyembah kepada baginda
itu. Lalu keluar ia berjalan kembali. Setelah itu maka baginda pun berangkatlah
masuk ke dalam istananya. Maka segala raja-raja dan menteri hulu-balang rakyat
sekalian itupun masing-masing pulang ke rumahnya arkin. Maka si
Miskin pun sampailah kepada tempatnya. Setelah dilihat oleh isterinya akan
suaminya dating itu membawa buah mempelam setangkai. Maka ia tertawa-tawa.
Seraya disambutnya lalu dimakannya.
Maka adalah antaranya
tiga bulan lamanya. Maka ia pun menangis pula hendak makan nangka yang di dalam
taman raja itu juga. Maka si Miskin itu pun pergilah pula memohonkan kepada
baginda itu. Maka sujudlah pula ia kepada baginda. Maka titah baginda, “apa
pula kehendamu hay miskin?” Maka sahut si Miskin, “ya tuanku, ampun beribu-ribu
ampun” sahut ia sujud kepalanya lalu diletakkannya ke tanah. Sahut ia berkata
pula, “hamba ini orang yang miskin. Hamba minta daun nangka yang gugur ke bumi,
barang sehelai. Maka titah baginda, ”hay Miskin, hendak kau buatkan apa daun
nagka? Baiklah aku beri buahan barang sebiji” Maka diberikan kepada si Miskin
itu. Maka ia pun sujud seraya bermohon kembali mendapatkan isterinya itu.
Maka ia pun sampilah
setelah dilihat oleh isterinya itu, suaminya datng itu. Maka disambutnya buah
nangka itu. Lalu dimakan oleh isterinya itu. Adapun selama isterinya
si Miskin hamil maka banyaklah makn-makanan dan kain baju dan beras padi dan
segala perkakas-perkakas itu diberi orang kepadanya.
Hatta maka dengan hal
yang demikian itu maka genaplah bulannya. Maka pada ketika yang baik dan saat
yang sempurna pada malam empat belas hari bulan. Maka bulan itu pun sedang
terang. Maka pada ketika itu isteri si Miskin itu pun beranaklah seorang anak
laki terlalu amat baik parasnya dan elok rupanya. Maka dinamainya akan anaknya
itu Markaromah artinya anak didalam kesukaran. Maka dipeliharakannyalah anaknya
itu. Maka terlalu amat kasihsayangnya akan anak itu tiada boleh bercari barang
seketika jua pun dengan anaknya Markaromah itu.
Hatta, maka dengan
takdir Allah SWT menganugarahi kepada hambanya. Maka si Miskin pun menggalilah
tanah hendak berbuat tempatnya tiga beranak itu. Maka digalinyalah tanah itu
hendak mendirikan tiang teratak itu. Maka tergalilah kepada sebuah telaju yang
besar berisi emas terlalu banyak. Maka isterinya pun datanglah melihat akan
emas itu. Seraya berkata kepada suaminya, “adapun akan emas ini sampai kepada
anak cucu kita sekalipun tiada habis dibuat belanja. Maka terlalu sukacita
hatinya laki isteri itu. Maka oleh isterinyadiambilnya emas itu dibawanya
kepada suaminya. Maka si Miskin itupun pergilah kepada saudagar-saudagar yang
di dalam negeri antah-berantah itu. Setelah itu maka bertemulah ia dengan
saudagar itu. Maka segeralah ia ditukar oleh saudagar itu. Seraya katany,
“marilah tuanhamba duduk dekat hamba disini, dari mana tuan datang ini dan
apakah maksud tuan hamba dating kepada hamba ini?” Maka kata si Miskin itu
seraya tersenyum, “ada juga kehendak hamba ini kepada tuan hamba jikalau tuan
hamba boleh menolong akan hamba katakanlah. Maka sahut saudagar itu,
“katakanlah hajat tuan hamba
Tidak ada komentar:
Posting Komentar